17 August, 2017

On 12:43:00 PM by Aliza in , , , ,    No comments
Bismillahirrohmanirrohim.
Alhamdulillah, tahun ni berpeluang lagi sambut ulang tahun kelahiran Incik Bos. Ok, kejutan menjadi juga, cuma macam biasa abe lias buat muka toye... huh! Orang lain kali, buat-buatlah pengsan ke.. melompat ke sebab terkejut. hahahahaha

Oklah, tahun ni bawa semua p makan. kali ni saya pilih Restoran Denali & Pinnacles the Wanderer's Cafe.  Ok, not bad servis. Stafnya memang banyak membantu dan sangat sporting. Alhamdulillah. cuma sang ibu tak sempat nak amik video tiup lilin yang macam bunga api tu ahahahahahah.

Malas nak citer panjang sebenarnya sebab raya aura untuk menulis tu belum datang. tapi korang yang area bangi kalau nak try servis dan bantuan Denali & Pinnacles the Wanderer's Cafe ni... boleh la p. Tak jauh pun, di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi saja. Ni saya tepek nombor telefon sekali, 03-8912 5936.

Hadiah untuk abe lias? hahahahahah biarlah rahsia.... alaa rezeki untuk bernafas yang allah kasi ni, rezeki untuk makan yang Allah kasi dah kira hadiah lah tu.. insha Allah, tahun depan ada rezeki kita sambut lagi ye. Love You So Much abang. Semoga sihat selalu, panjang umur, murah rezeki, di beri kekayaan dunia dan akhirat, diberi kejayaan dalam setiap pekerjaan yang baik dan yang penting semoga terus istiqomah dengan apa saja urusan yang diperintahkan Allah.


Jauh di termenung.

lupa nak cakap, cup kek ni oder dengan member opis.
Amy... alhamdulillah kena dengan tekak.

Dah besar budak ni ye...

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...